Tentang saya

Assalamualaikum.
Nama saya Shamsul Amar. Saya ialah seorang penulis blog suka-suka, bukan sepenuh masa. Apa-apa yang berlaku antara saya dan Mac, antara saya dan iPhone, saya suka tuliskan di di sini.
Pekerjaan utama saya ialah membaiki server, itu saja pun yang saya ahli (tahu). Itu pun khusus untuk server IBM iSeries sahaja. Pahit manis hidup banyak dialami di depan iSeries box. Waktu senangnya dan waktu tergoleknya (waktu susah dan berhempas-pulas). Di situlah saya belajar tentang berdiri atas kaki sendiri dan belajar tentang TEAMWORK, macam Wonderpet tu…
Apa kena mengena IBM Box dengan Apple? Pada masa dahulu… Saya pernah bekerja untuk sokongan teknikal & saya lebih kepada memberi sokongan teknikal untuk pengguna komputer Apple (Mac). Masa itu saya banyak kali menulis manual untuk troubleshoot Mac OS X untuk kawan-kawan yang kurang biasa dengan Mac. Manual itu ditulis semula berkali-kali untuk disesuaikan dengan kegunaan sokongan teknikal sehinggalah final release yang saya tinggalkan di sana. Yang saya letakkan di web ini cuma sebahagian kecilnya sahaja.
Satu hari kawan saya (Izawati) mengajak saya untuk bekerja di tempat dia bekerja (IBM), dan bermulalah cerita baru saya dengan iSeries Box.
“Izawati: Beb, Aku pening duh dengan kotak iSeries ni. Aku nak join platform kau ar plak. Cam best ar plak tengok kau punyer claim. Hohoho.”
- Saya gunakan Mac sebab saya memerlukan Xcode dan Automator.
- Saya gunakan iPhone sebab saya biasa gunakan Mac.
- Saya gunakan WordPress sebab free. Download dan setup di www.shamsulamar.com.
[Update]
Kerja terkini saya bermula dari November 2011 ialah Unix/AS400 Operation Analyst pula di syarikat O&G. Mencabar sungguh. Berhempas pulas nak mengadap Unix dan Linux pulak. Semakin banyaklah OS dalam kepala. Jalan pun dah tak berapa stabil, beratlah katakan… Huhuhu…
Pengalaman dengan AS400 cukup dengan asam, garam dan gulanya. Kiranya saya tinggalkan bidang AS400 ni nanti, saya akan sangat rindukannya. AS400 ialah pure Object Oriented Operating System.
[Update] 26 Januari 2013
Saya tak lagi bekerja dengan syarikat O&G ExxonMobil. Saya cumalah orang kampung yang malamnya yang selesa terlelap di depan komputer, selesa merayau dengan DSLR, selesa berada di rumah dengan komputer lama orang kampung yang terbarai, selesa bermain catur dan mengasah parang yang baru siap dengan kawan-kawan veteren.
Sekali-sekala saya akan keluar ke bandar jika ada kerja fotografi dan videografi. Ada masanya mengendalikan kelas komputer. Dan yang pastinya ikut sempat. Alhamdulillah, sehingga hari ni saya sihat, mak sihat, isteri sihat, anak-anak pun sihat.
Twitter saya ialah @shamsulamar




37 Comments
hahaha…dont worry beb..klu de nnti aku halo-halo kt ko key…..:)
Tenkiu. Apa-apa pun ko habiskan IBM SERVICE EXCELLENCE tu dengan penuh sabar kena berlakon. Hehehehh… Azab aku dah habis dah.
Assalamualaikum,…
Saya mohon maaf sebab tak tahu nak adukan masalah kat mana so saya buat kat sini haraf tak jadi kesalahan.Saya ada masalah mengenai iphone 3gs saya,masalahnya itune tak boleh restore ke version asal..apa saya nak buat..apakah saya perlu install itune di IP adress lain cth:rumah kawan dan buat restored guna pc kawan saya..?atau nampaknya iphone saya terpaksa saya buang ke longkang..?saya upgrade 5.0.1 dan 5.1(terupdate)dan downgrade ke ios 5.0.1 balik tapi asyik restart je..so cuba restored pkai itune..error 1600.1611,34…bla…bla…adakah iphone saya masih boleh diselamatkan>.?
Waalaikumussalam. Boleh jer tulis di sini pun.
InsyaAllah iPhone tu boleh selamat lagi. Jangan buang ke longkang lagi.
Untuk restore iPhone, kita perlu akses ke server Apple. Dan tentulah Apple cuma benarkan restore ke versi tertinggi yang sepadan dengan model iPhone tu. Jika encik Din nakkan 5.0.1, perlu guna cara ortodox sikit lah, menongkah arus. Ala-ala jailbreak. Banyak blogger post di Internet. Saya harap saya akan punya waktu hujung minggu ni untuk tuliskan versi Bahasa Melayu yang lebih mudah difahami. InsyaAllah.
Terima kasih Tuan,semoga usaha saya kali ini berhasil sebab dah nak jual iphone ni tapi lain pula jadinya..biar saya cerita serba sedikit punca masalahnya agar En Shamsul mudah nak bagi jalan penyelesaiannya.Version asal adalah 4.1 mengikut shsh blobs tinnyumbrella yang dah saya save,pastu saya up sampai 5.0.1 then gatal tangan dan tak baca habis mengenai ios 5.1 saya pun up lagi satu step …sudahnya 5.1 tu takde jailbreak untethread rupanya..saya pun downgrade guna ifaith kepada 5.0.1 semula..selang setengah bulan saya tukar bateri iphone saya sendiri,siap pasang je bateri malam tu iphone 3gs saya mula buat hal..sekejap-sekejap reeboot..sekejap-sekejap takde servis…saya cuba jailbreak sekali lagi dan terus keluar itune logo pulak…cuba restore guna itune..error pulakk..aduhh..sampai sekarang masih error restored with itune..saya mula give up..kalau en shamsul ada kelapangan boleh kongsi jalan penyelesaian melalui email saya bantaila@gmail.com ,atau en shamsul ada nak post N3 kat mana-mana bagi tahu saya ya,terima kasih banyak-banyak.
Begitu rupanya.. Ada save SHSH Blob untuk 5.0.1 lagi tak? Harapan banyak bergantung dgn SHSH Blob tu.
Alhamdulillah ..ada Tuan..4.1,5.0.1 dan 5.1…tapi ada pun mcm tak de fungsi sebab itune tak bole restored la..dan banyak kali buat ipsw guna ifaith tapi itune still error restored.Tadi baru test restored ipsw 5.1..sama gak error…ada cara lain ker selain cara yg saya dah buat ni..?
Rasanya iFaith tu yg paling handal buat masa ni… Ish, kalau dah cuba camtu gaya kalau takleh gak, kes berat ni.
Kalau ikut saya, saya rasa elok update balik ke 5.1 (non-jailbreak) buat seketika sebelum jailbreak semula sementara tunggu iFaith dan TU keluar update baru. Mencuba nasiblah katakan.
ok,terima kasih atas nasihat saya akan cuba restore ke 5.1 bila balik out station nanti.
Sama-sama.
En Amar..ada cara untuk saya contact direct En Amar?
paling senang boleh twit saya @shamsulamar
mengenai siri.iphone 4 nie bole ke ada siri?
Simple. Tak boleh.
Assalamualaikum..
Akhirnya jumpa jugak bl0g apple versi melyu..bnyak inf0 berguna dlm bl0g ini,almaklumlh sy bru beli iph0ne..seriusly sy blur dgan applenya pr0duk,tapi sy ske pd bentuknya..Thanks pd en. Bab memaparkn artikal tentg apple t’utmnya ip0ne…:-)
Waalaikumussalam. Terima kasih. Saya akan terus menulis selagi diizinkan Allah.
Assalamualikum….wbt…..
iPhone 3Gs saya perlu bateri baru dan upgrade IOS…. Perlu di UNLOCK…
Boleh tuan beri cadangan di mana saya boleh berurusan mudahbdan murah…
Terima kasih….
-WAR-
as salam
sya nk tnya,kwan sya ad yg pkai iphone jgk…tpi setiap kali dia update status di facebook,akan tercatat VIA Apple/iPhone….tpi knpa fone sya cma via mobile..adakah memerlukan aplikasi untuk di download…jika ia,apakah aplikasi yg prlu di download dan adakah terdapat dlm App Store…tolong sya admin….
samalah dengn sy ayie…bila update status via mobile…xtahulah macam mana dia org pkai via ios/iphone….
App Facebook untuk iPhone asalnya dulu ada macam2 masalah. Setiap new update selesaikan satu masalah tapi digantikan dengan masalah yang lain pula. Orang komplen dah berbakul-bakul sehinggalah Facebook hasilkan App yang menggunakan template dari Safari (Web Kit). Itu yang keluar “via mobile” tu. Tak lama lepas tu Facebook keluarkan pula App lain yang gunakan template baru dari Apple. Template yang sama digunakan dalam App lain seperti WordPress. Versi yang ini barulah stabil.
Pengguna iPhone perlu terlebih dahulu delete App Facebook sedia ada dalam iPhone mereka dan download baru (clean) dari App Store. Jika cuma update, masalah tak selesai. Begitulah kiranya.
Waalaikumussalam.
Saudara Ayie cuma perlu update App Facebook ke versi terkini dari App Store.
facebook sya yg terkini adlah lastest version…tapi still sama admin…bantu saya
Cuba sign on facebook dari computer dan semak semula setting di dalamnya.
cuba ayie try macam ni..
1) pergi dekat setting-facebook then sign in.
2)pergi dekat setting-notification-cari facebook then click facebook,notification centre click on..
3) pergi dekat setting-notification-cari share widget then click on dekat notification centre..
4)lepas itu scrool down notification dekat manu(tarik satu jari dari atas skrin sampai bawah) ,then akan tertulis tap to post…try post apa2 then tengok dekat fb mesti akan tertulis via ios…
Terima kasih Muhaz.
cuba ayie try macam ni..
1) pergi dekat setting-facebook then sign in.
2)pergi dekat setting-notification-cari facebook then click facebook,notification centre click on..
3) pergi dekat setting-notification-cari share widget then click on dekat notification centre..
4)lepas itu scrool down notification dekat manu(tarik satu jari dari atas skrin sampai bawah) ,then akan tertulis tap to post…try post apa2 then tengok dekat fb mesti akan tertulis via ios…
bleh kah admin beri lgkah2nya..kerna thu bgaimna…tolong
thnks muhaz
juz ios jer ka..via apple or iphne xbleh ka
salam admin..sy mahu tanya kenapa bila sy install sesetengah app pada iphone,app itu tidak boleh buka termasuklah whatsapp…?app nya bila sy tekan dia akan buka lepas itu tutup semula(app xboleh runninglah)…iphone sy,sy sudah jb…
Waalaikumussalam muhaz.
Itu perkara biasa bila iPhone dah jailbreak. Puncanya sukar dijangka. Walau bagaimana, work aroud yang boleh dicuba ialah:
1. Double tap Home button untuk buka multitask bar.
2. Tap seketika mana-mana App.
3. Tutup mana-mana App yang bermasalah.
4. Tap Home button.
5. Buka semula App tadi.
Harap tip ni dapat membantu.
asalamualaikum..
shamsul sy sudah try tetapi xboleh jugak…sy sudah try install whatsapp dari source yang lain,try install melalui ifun box dekat pc,try hard reboot…still xboleh jugak…
Waalaikumussalam.
Payah juga tu memandangkan tak tengok sendiri iphone tu. dalam iTunes ada keluar apa2 mesej error tak?
sudah boleh install…
Alhamdulillah…
Salam tuan…tumpang tanye dan mohon pertolonhan..sy ada memiliki sebuah apple ibook g4 yg dah hampir setahun dalam almari..masalahnye skrg sy tak jumpa sape yg boleh reformat balik seperti factory setting..a.s.a.p…whatsapp/sms 0106013754….*sy jarang bukak email*
Tolong sy tuan..urgent.
Salam jeffri.
Sebaiknya kena ada cd installation masa beli dulu. OSX panther.