Multitasking dalam iPhone
Bismillahhirrahmanirrahim.
Ketika iPhone mula dihasilkan ia tak direka untuk perlaksanaan tugas multitasking. Tapi peminat iPhone berkehendakkan multitasking dan model baru iPhone perlu sediakan keupayaan multitasking ni seperti yang peminatnya mahu.

Multitasking iPhone dalam iOS 5 dengan menekan Home button dua kali ialah pilihan terbaik untuk iPhone buat masa ni. Ia juga turut mencepatkan kegagalan Home button berbanding jangkaan. Nasib baik Multitasking dalam iPad dah diselamatkan dengan gestur 4 jari. Penyelesaian gestur 4 jari tak sesuai untuk iPhone disebabkan skrinnya yang kecil. Jadi Apple usahakan dengan AssistiveTouch.
AssistiveTouch dalam iOS 6 Beta 4 boleh diaktifkan dengan Settings > General > Accessibility > AssistiveTouch.
Setelah AssistiveTouch diaktifkan, multitasking boleh diakses dengan BEBERAPA step:
1. Tap tanda AssistiveTouch
2. Tap Device
3. Tap More
4. Tap Multitasking
5. Dan kita akan dapat palang Multitasking sama seperti dengan menekan Home button dua kali.
Saya tak nampak ini workaround yang bijak dalam menangani keperluan multitasking. Saya harap Apple akan gunakan pendekatan lain seperti:
- Melerek satu jari ke kiri atau ke kanan sepanjang garis bawah skrin iPhone. Sama seperti idea Notification. Bezanya Multitasking di bahagian bawah, dan ia dilerek kiri-kanan.
- Tambah satu lagi button di sebelah Home button, khas untuk multitasking. Saya rasa idea ni Apple tak berminat.
- Letakkan palang Multitasking sekali dengan Notification. Ini lebih mudah cuma jadi agak janggal kerana lazimnya palang multitasking berada di bawah, bukan di atas.
Saya harap cadangan #1 akan diguna pakai oleh Apple untuk pengguna iPhone.
Just my two cent.









2 Comments
Slm. Bg sy yg jailbreak x de masalah buleh try mcm2 cara guna activator hehe. Kenape ye apple agak degil dlm bab2 mcm ni
Wsalam.
1. Activator ialah workaround dari komuniti Jailbreak. Mantop.
2. Apple semasa hayat Steve selalu tampil dengan idea gila tapi workaround Multitasking macam ni rasanya betul-betul gila.
3. Tujuan Multitasking ialah untuk mencepatkan kerja tapi idea AssistiveTouch ni melambatkan kerja.
4. Apple mungkin sedang mempertimbangkan pendekatan lain yang lebih baik. AssistiveTouch ni mungkin cuma “bunga” untuk sembunyikan “buah”.
5. Seperti munculnya idea iWork.com sebelum munculnya iCloud.