Balik kampung

Posted by on Aug 12, 2012 in Kehidupan, Uncategorized

Bismillahhirrahmanirrahim.

Dalam usia yang dah berkeluarga dengan memiliki seorang isteri dan dua orang anak serta adanya seorang ibu yang semakin tua sendirian di kampung, paling tidak akan terlintas juga sekali keinginan untuk balik dan menetap di kampung. Bukan cuma saya, tentu saja ramai lagi yang berada dalam dilema yang sama.

Perbualan dengan member yang telah balik dan menetap dikampung; meninggalkan kerjaya di bandar banyak memberi saya gambaran tentang “balik kampung”.

  1. Jika ingin balik kampung, jangan tunggu ibu atau bapa atau kedua-duanya meninggal dunia. Apalah ertinya balik kampung untuk jadi penghuni rumah pusaka tanpa tiada lagi Wali Keramat.
  2. Jika ingin balik kampung, jangan tunggu usia bersara. Balik pada waktu itu anggaplah bukan balik ke kampung sendiri tetapi datang ke kampung orang. Orang tua yang mengenali kita ini anak siapa mungkin dah habis meninggal dunia. Rakan sebaya juga mungkin dah tak cam kita lagi. Kita tak dikenali sebagai anak jati, tapi anak dagang.
  3. Jika ingin balik kampung, jangan tunggu usia 40 tahun. Masa tu macam-macam penyakit dah mula hinggap. Bimbang tak mampu menerima cabaran kehidupan dan suasana baru.
  4. Jika ingin balik kampung kerana niat nak menjaga Wali Keramat, bersiap sedia dan baliklah. Baliklah dengan langkah berani.
  5. Hari ini masih ada member di kampung yang mengenali kita untuk memungkinkan berpakat mengusahakan sesuatu dengan kepakaran dan ilmu yang kita ada.
  6. Hari ini kita masih kuat kudrat untuk memerah keringat bekerja dan menjaga Wali Keramat.
  7. Sementara anak-anak belum kenal erti membantah untuk hidup dengan persekitaran kampung yang nyata jauh berbeza dengan di bandar.
  8. Baliklah jika hatimu telah diseru.

Just my three cents.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge