Do Not Disturb
Bismillahhirrahmanirrahim.

Do Not Disturb ialah satu dari ciri baru dalam iOS 6 yang penting, berguna dan bermakna.
- Berguna ketika solat jumaat. Aib rasanya bila telefon berbunyi ketika solat jumaat. Biasanya kita akan silent-kan untuk mengelakkannya berlaku tapi lepas solat jumaat terlupa pula nak tukar semula ke mode biasa. Sudahnya bikin member bengkek sebab kita tak jawab panggilan. Memanglah vibrate tapi kalau aktiviti lepas jumaat tu banyak bergerak, haruslah tak perasan. Do Not Disturb tawarkan penyelesaian yang lebih baik. Semua panggilan akan diabaikan selama fungsi ni diaktifkan. Ia pula boleh dijadualkan untuk kembali ke mode biasa secara automatik. Jadi saya set-kan Do Not Disturb dinyah aktif jam 2:15pm, selepas solat jumaat.
- MacBook Pro dan iPad 2 saya kalau tersambung ke Internet, biasanya menggunakan iPhone. Dah alang-alang bayar kepada DiGi saya gunakan habis-habisan. Kuota 3GB tak pernah tak habis. Ketika Personal Hotspot diaktifkan, saya tak selesalah bila ada panggilan masuk, nanti internet disconnected. Do Not Disturb akan abaikan semua panggilan kecuali nombor tertentu yang saya tandakan penting.
- Do Not Disturb ketika sedang menulis blog. Dibimbangi idea yang hendak ditulis tersekat atau hilang terus. Cara saya. Cara blogger lain mungkin berbeza.






