Apple 1991
Bismillahhirrahmanirrahim.
Kali pertama saya mengenal komputer ialah pada tahun 1991, keluaran Apple. Manakala Linux saya kenal pada tahun 1996, dan temui Windows 1997.
Apple yang itu tak ada mouse, tapi ada joystick. Harddisk pun tak ada, masih guna floppy. Masa itulah penggunaan keyboard dimaksimumkan habis-habisan termasuklah kekunci F1 sampai F12. Keyboard hari ni rata-rata orang cuma guna F1 (help), F2 (rename), F3 (find), F5 (refresh). Kekunci lain cuma guna dengan kombinasi Fn.
Sehingga hari ni yang mana saya masih gunakan IBM AS400, dapatlah jari-jemari saya mengoptimumkan penggunaan kekunci F1 sehingga F24.
F1 (help), F3 (exit), F4 (option), F5 (refresh), F10 (more parameter), F11 (view), F12 (cancel), F24 (more option) dan selebihnya mengikut Program yang digunakan.
Pengaruh besar Windows dalam pasaran PC banyak membawa perubahan kepada tren komputer. Hari ni dengan adanya iPhone dan iPad, bermula pendekatan baru. Cuma yang betul-betul produktif dengan komputer saja menggunakan komputer desktop. Jauh benar dari apa yang ada 2 dekad yang lalu.




2 Comments
Zaman kemelesetan apple pada tahun 90-an. Aku pernah bekerja di sebuah syarikat yang membuat produk apple sehingga tahun 2009.
Sebab tu dlm era tu hampir tak ada lagi orang guna Macintosh. Ia semacam cuma cerita hikayat sehingga Steve kembali ke dalam Apple.
Masa tu NASA lelong semua computer Macintosh yang mereka beli dari Apple dan gantikan dgn IBM PC. Masa tu DOS dan Windows mula dapat sambutan dan OS/2 juga turut tenggelam.