Baca dan tulis

Posted by on Jul 6, 2012 in Al-Quran, Apps, Computer Hardware, Internet, iOS, iPad 2, iPhone 4, Job Log, Mac OS X, OSX, Rubik's, Services, Troubleshoot, Windows 7, Workaround

Bismillahhirrahmanirrahim.

Baca dan tulis besar maknanya. Arwah Ayah pernah bercerita pada saya dulu. Zaman beliau bersekolah dulu mereka menulis atas “papan batu”. Kata Ayah papan batu tu seperti papan hitam kecil bersaiz buku seperti batu marmar yang mudah ditulis dengan batu kapur.

Ia sangat berguna untuk menulis latihan yang guru beri dan catatan sementara sebelum ia dihafal. Orang dulu-dulu banyak menghafal. Jadi saya tanya, tentu susah kalau semuanya perlu dihafal. Jadi Ayah bercerita selepas itu…

Dulu Melaka dijajah Portugis kerana lanjutan dari Perang Salib. Portugis datang bukan kerana rempah. Buku sejarah yang tulis bahawa Portugis datang kerana rempah dikarang oleh puak pengecut. Portugis datang kerana agama.

Semua tulisan Orang Melayu dibakar dan dimusnahkan. Orang Melayu dihalang dari menulis malah dihalang untuk belajar. Orang Melayu tak dapat menulis dimana-manapun. Orang Melayu tak putus asa, Orang Melayu menulis dalam bentuk ukiran di rumah-rumah disorok dengan corak-corak. Tapi itu tak cukup, malah menulis dengan ukiran sangat mengambil masa. Satu-satunya tempat paling selamat untuk menyimpan tulisan ialah dalam INGATAN. Orang Melayu dulu berusaha menyimpan Al-Quran dalam ingatan dan menulisnya dalam ingatan anak-anak berkalamkan lisan.

Kemudian dari itu kita mula menulis di atas kertas. Kita makin kurang menulis dalam ingatan. Menulis dalam buku sangat bagus untuk menyebarkan ilmu tapi tempat yang lebih layak untuk ilmu ialah tuliskannya dalam ingatan dan dalam perbuatan, dalam amalan.

Hari ini kita boleh tuliskannya dalam talian. Ilmu akan tersebar dengan luas. Tapi pokok pangkalnya tetap sama, tulis dalam ingatan dan dalam amalan. Begitu jugalah harus kita wariskan kepada anak bangsa.

iPhone saya jadi sangat berharga kerana banyaknya tulisan di dalamnya. Tulisan tentang banyak hal. Dalam masa yang sama saya menulisnya kembali dalam ingatan (hafal) dan dari dalam ingatan saya tulis pula dalam perbuatan dan amalan. Supaya saya sentiasa jadi lebih berharga berbanding iPhone. Begitulah adanya.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge