iPhone tak boleh restore

Posted by on Jul 5, 2012 in Apps, iOS, iPad 2, iPhone 4, Job Log

Bismillahhirrahmanirrahim.

20120705-064112.jpg

Hari tu gatal sangat nak cuba iOS 6. Walaupun masih beta, nak cuba juga. Bila iPhone slow mulalah nak downgrade balik ke iOS 5.1.1. Memang saya tahu downgrade atau restore iPhone ni memang leceh disebabkan polisi Apple yang cam bagus tu. Ketika percubaan restore bermula saya dapatlah mesej di atas.

Klik OK dan cuba lagi dapat mesej ni juga. Kemudian cuba klik More Information terus ke website Apple untuk guide cara nak restore. Apa yang Apple mengarut di situ langsung tak menyelesaikan masalah, tak perlu bacalah. Bukan itu caranya. Cara di situ bukan untuk orang yang nak restore dari iOS 6, tapi untuk current version. Cara yang sepatutnya untuk downgrade iOS 6 macam lain.

Sila download fail IPSW 5.1.1 (saya download untuk iPhone 4 GSM) dari Internet. Dan tunggulah download tu siap. Kalau dengan Streamyx saya ni, mula tengah malam, subuh siaplah.

Jangan silap download yang ini…

20120705-074832.jpg

Tapi downloadlah yang ini…

20120705-075152.jpg

1. Jika iTunes menyatakan iPhone tak boleh di-restore, sila alihkan iPhone ke DFU Mode.

2. Seterusnya buka semula iTunes dan tekan kekunci Option dan klik Restore.

20120707-112052.jpg

3. Pilih fail IPSW yang siap download dan restore. Itu ajer. Siap.

Update:
Jika pakcik/makcik/abang/akak/adik-adik/dato/tan sri/tun dah gunakan iOS 6.0 Beta selama beberapa hari dan restore semula ke iOS 5.1.1… Backup terakhir yang boleh di-restore ialah backup untuk iOS 5.1.1 sahaja. Mana-mana perubahan dan backup semasa penggunaan iOS 6.0 tu tak dapatlah nak restore. Sabar jer lah.

Bila kita nak restore setting dan segala bagai dari backup yang kita buat semasa kita menggunakan iOS 6.0 Beta, kita akan dapat ni…

20120707-113121.jpg

Sekian…

    7 Comments

  1. bro.saya ada pertanyaan,betul ke iphone 4 nie takkan bole update ke ios 4.saya ada baca sikit tentang ios6 nie,mcm iphone 3g kan.mana lei ke ios5 betul tak.kalau bro tau.lei la kongsi sedikit.hehe

    • iOS 6 untuk iPhone 3Gs hingga yang terkini. Tapi ada limit untuk device yang lama. Contohnya Siri tak berfungsi dalam iPhone 4 walaupun dah upgrade sampai iOS 6.

  2. maap.ke ios6 bukan 4.salah tekan da..kikikikiki

  3. salam ..nak tyer lau iphone 3g bleh ke guna ios 5?

    • Waalaikumussalam liyana.

      Maaf, tercicir tengok komen ni. Ya, iPhone 3G boleh gunakan iOS 5. Gunakan Whitedoor.

  4. tolong saya iphone sekat pada sn0wbreeze logo x boleh ke dfu mode

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge