Integrasi Facebook dalam iOS 6
Bismillahhirrahmanirrahim.
iOS 6 belum tersedia kepada pengguna, cuma tersedia untuk Developer — iOS 6 versi Beta.
Developer bolehlah cuba sekarang, bukan hanya untuk bangunkan App baru atau tingkat upaya App sedia ada dalam iOS 6, malah juga menguji dan mencari pepijat yang ada. Habis kiri kanan dah kena ketit pepijat. Masih banyak pepijat dalam iOS 6 Beta. Nama pun Beta, memang begitulah sifatnya.
Saya post di sini bertujuan mengulas tentang idea yang ada dalam iOS 6 dan apa pula manfaatnya kepada pengguna. Saya ambil satu dulu — Integrasi Facebook.
Ketika peningkatan dari iOS 4 ke iOS 5 dulu Apple integrasikan Twitter dalam iOS 5. Sekarang Apple integrasikan pula Facebook. Maknanya kita boleh post status, gambar dan macam-macam yang kita buat di Facebook terus dari Operating System. Kita cuma perlu buka App Facebook untuk baca post kawan-kawan.
Bagi saya ia satu ciri yang bagus. Tak perlulah saya sign on ke Facebook dan kena tunggu load button Post sebelum dapat post status saya. Dan saya memang kurang baca status orang lain bila dihimpit masa. Cuma sempat post status sendiri saja. Integrasi Facebook ni baik untuk saya dan saya percaya baik juga untuk pengguna iPhone yang lain.
Ini ialah antara screenshot integrasi Facebook dalam iOS 6. Integrasi dalam Safari.
Ini bahagian saya paling suka. Integrasi dalam Notification.
Tap to Post akan tampilkan paparan ni.
Cuba bandingkan pula dengan Tap to Tweet. Kurang lebih sama kan?
Just my 2 cent:
Lagaknya seperti Apple mula mengakui sambutan pengguna kepada Facebook melebihi Twitter. Jadi bila “Tap to Tweet” diletak di sebelah “Tap to Post” mungkinlah akan serba-sedikit menarik peminat Facebook untuk ada akaun Twitter juga. Cara post pula menyerupai twit, lebih mudahlah pengguna Facebook cuba memahami Twitter. Bagus juga idea ni.
Pepijat: Bila saya usik-usik Setting dalam Notification, Twitter dan Facebook boleh hilang terus dari Notification. Dan cara untuk dapatkannya semula setakat yang telah saya cuba cumalah “Reset All Setting”. Cara lain seperti On/Off setting malah restart iPhone nampaknya tak lut.
FYI: Ada lagi ciri baru dalam iOS 6 ni bagi menyambut kedatangan iPhone yang baru nanti termasuklah Apple Maps menggantikan Google Maps. Tak mustahil juga yang Apple mungkin secara diam membangunkan Search engine sendiri bagi menggantikan Search engine Google yang telah digunakannya sekian lama ni.







