5 sebab kenapa iPhone malu alah kepada telefon Android
- Skrin iPhone terbatas kepada saiz 3.5″ sahaja walaupun iPhone 4/4S ada retina display. Sedangkan telefon Android tampil dalam perbagai saiz, warna dan pengeluar.
- Kita biasa melaras fungsi Wi-Fi, Bluetooth dan 3G kerana nak jimatkan bateri bersesuaian dengan keperluan kita. Dalam iPhone semua ni ada dalam Setting. Tapi Android lebih mudah, kita boleh terus laras dari notification. Tak perlu buka Setting.
- Phone. Ketika membuat panggilan atau menerima panggilan, iPhone tak dapat merakam perbualan. Jika mahukan juga fungsi merakam ini, perlukan App tambahan. Janganlah dibandingkan dengan Android, telefon biasa pun boleh merakam tanpa perisian tambahan. Lebih memalukan bila iOS 6 yang akan muncul juga tak menawarkan fungsi merakam ni dalam Phone.
- iPhone yang memulakan App Store, menjual App secara online tapi hari ni App dalam pasaran Android melebihi App Store.
- Keyboard iPhone selesa digunakan tapi keyboard Android lebih innovatif. Satu lerekan atas keyboard boleh memadamkan teks dengan mudah. Tak perlu tap-select-backspace.
Bila pengguna iPhone jailbreak iPhone mereka maknanya mereka tak selesa dengan kawalan ketat Apple. Apple perlu hasilkan iPhone mengikut keinginan pengguna bukan keinginan Apple semata-mata. Inilah yang menjadikan iPhone malu alah kepada Android.





4 Comments
Tengah berfikir nak beli telefon android atau apple. Tq.. mmg betul samsung android mmg byk pilihan..Tapi kalau ipod tu ada fungsi telefon gerenti aku beli…suka tengok body ipod touch screen..
Kalau iPod touch ada fungsi telefon jadi iPhone lah namanya.
iPod touch masalahnya metal bahagian belakang mudah calar. Dia tak macam iPad dan MacBook Pro/Air. Kalau masukkan dlm sarung, lama-lama metal belakang iPod tu akan jadi berkulat pulak. Mungkin Apple terlepas pandang tentang ni kut.
1.saiz screen berbeza, processor, gpu, tu menyusahkn developer untk optimizekn UX kt setiap apps diorg… fragmentation nie annoying gila bg developer… wat apa nk malu?
2. xpna rasa sbb awl2 dh jalibreak… user xnk jailbreak biasa nye xpnah amek kisah… on je guna setting default… 3g, data, bluetooth x ttop pun… so xpnah amek kisah…
3. rakam for? xpna rasa nk guna fungsi even kt phone dlu2… xpna jgk jmpe org yg ske guna…
4. bila masa app android lg byk dr app appstore? fakta mna dpt nie? setahu aku skrg nie apps kt appstore msih lg plg byk… lgpun kt store android tu byk porn, crapware, trash, ringtone, logo, n mnde2 laen yg crap… sume tu dikira sekali sebagai “apps” kt google play… aku ada both os so kalo nk kta android lg byk mmg xleh pki… xtau mna ko dpt fakta nie… dr droidfags laen kot yg sme2 xpnah tgok appstore… lgpun tu blom kira brapa byk apps yg apple dh reject… nk msok appstore ikot standard apple… x mcm google play yg standard dia x ketat…
5. swipe selection ke? bkn mslah besar pun… lol funny artikel…
Apple tak perlu buat skrin semua saiz. Skrin 3.5 inci tu kecil untuk iWork. Retina display menajamkan imej tapi sensitiviti input minimum ialah 1/4 inci jer. Apple boleh buat iPad dengan skrin yang lebih besar, tak jadi pelik jika hasilkan saiz skrin iPhone besar sedikit kepada 4 inci.
Masa Apple tukar senibina prosesor Motorola kepada IBM, IBM kepada Intel dalam Mac, Developer juga antara makhluk yang jerih tapi itu bukan penghalang. Bukan sekadar saiz skrin, GPU dan UI malah code program perlu ditulis semula. Rosetta tak menjawab semua keperluan dan hanya menyokong dalam proses peralihan. Kesulitan tu dapat diharungi oleh Apple dan Developer. Dengan menawarkan skrin iPhone yang lebih besar sambil menyokong saiz skrin sedia ada, itu cuma sedikit usaha tambahan berbanding menukar senibina prosesor. Malahan Xcode cukup maju untuk sediakan framework yang sesuai. Xcode 4.5 hari ni pun dah cukup maju. Apple dah melangkah cukup laju.