Waiting for review

Posted by on Jun 23, 2012 in Apps, iOS, iPhone 4

Bismillahhirrahmanirrahim.

20120623-160853.jpg

Semalam selepas berhempas-pulas membaca manual, dokumen dan troubleshoot akhirnya berjaya juga saya submit App ke App Store.

Status hari ini ialah “Waiting for review” dan tak tahulah berapa lama Apple akan ambil masa untuk luluskannya.

Kesulitan dua hari ni memberitahu saya betapa ketat dan cerewetnya kawalan Apple sebelum suatu App tu memasuki App Store. Ini menjawab mengapa jumlah App yang ada dalam pasaran Android melebihi App Store. Jadi jika nak bandingkan jumlah App yang ada antara iOS dan Android, kita perlu ambil kira Cydia juga. Jurang antara keduanya takkan jadi begitu jauh.

Kesulitan dua hari ni juga menjawab keperluan seorang programmer melebihi sekadar menulis code, programmer juga perlu jelas tentang dokumentasi, pengurusan dan proses memasuki pasaran.

Harap-harap App ni sukses review dari Apple. Saya tulis dedicated untuk Tech dan CE (Hardware) IBM, dan kawan-kawan saya. Memandangkan ia percubaan pertama, ia percuma dan bebas iklan. Untuk semua pengguna iPhone 4/4S.

    2 Comments

  1. Apps utk ape bro? Game ke hehe.. Siap sedia nk download ni

    • App sengal jer, Torchlet. Dah banyak seumpamanya ada di App Store, cuma bezanya… Yang ni Free dan tak ada iklan. Sound effect pun takde, setting pun takde. Semata-mata menyalakan dan memadamkan LED sahaja. Untuk produktiviti tanpa gangguan. :)

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge