10 ciri-ciri iSheep

Posted by on Jun 13, 2012 in Apps, Computer Hardware, Internet, iOS, iPad 2, iPhone 4, Mac OS X, OSX, Services

Bismillahhirrahmanirrahim.

20120613-104331.jpg

Pengguna Android tegar ada label tertentu untuk pengguna iPhone tegar. Gelaran tu ialah iSheep. Jadi, di sini saya tuliskan 10 ciri-ciri iSheep:

  1. Setia dengan iPhone walaupun banyak kekangan (limitation), mahal, dan terikat dengan pakej telco.
  2. Sebagus manapun Android, tetap taknak beli, usik yang member punya pun acuh tak acuh. Rumit katanya.
  3. Bukan saja ada iPhone; iSheep turut ada iPod touch, iPad dan MacBook Pro. Malah pernah ada iBook G4.
  4. iSheep juga selesa menggunakan pakej perisian dari Apple seperti iLife dan iWork. Bukan saja dalam MacBook Pro, malah dalam iPhone dan iPad pun join jugak.
  5. Bikin video editing dengan iPhone dan MacBook Pro menggunakan iMovie.
  6. Bikin resume dan surat resign dengan iPhone menggunakan Pages.
  7. Rekod hal-hal berkaitan nombor dengan iPhone menggunakan Numbers.
  8. Simpan nota-nota kerja dalam bentuk slaid presentation dalam iPhone menggunakan Keynote.
  9. Sanggup bayar RM299 untuk jadi iOS Developer walaupun tak jual apa-apa App di App Store. Hanya tulis App untuk kegunaan sendiri. Untuk OSX dan iOS.
  10. Tulis blog tentang Mac, iPhone dan iPad. Theme blog pun ikut trend Apple. Tak bertukar-tukar pulak tu.

    4 Comments

  1. Slm bro. Komen la skit ttg wwdc. X sabar tunggu ios 6 dgn sgl mcm update..

    • Salam Bro.

      Tak ada apa sangat yg nak komen memandangkan kebanyakan features dah dijangka dan sebahagian darinya dah tersedia untuk Android.

      Sedikit yang dapat saya komen ialah Maps. Bila Apple mula menghasilkan Maps sendiri, itu tanda komitmen bersungguh untuk mengurangkan kebergantungan kepada Google dan menawarkan Maps yang lebih baik.

      Cuma yang saya gusarkan ialah bila terlalu banyak features dalam iOS 6, interface akan jadi lebih rumit macam OSX Lion yang banyak features tapi rumit untuk pengguna baru. OSX Mountain Lion juga kelihatan akan lebih rumit.

      Nantilah sedikit masa lagi saya tuliskan post baru tentang hal ni. Terima kasih atas keperihatinan. :)

  2. 1. ermm aku setia ngan iPhone ats sbb laen… ko ptot tulis based on fakta bkn pendapat ko… sad artikel :P

    2. dh ada iOS wat apa beli android? “sebagus mna pun android” point nie xleh pki le… android tetap android, iOS tetap iOS… both ada pros & cons dia so kalo ko nk ckp “android bgos” ko guna je la android… bg sesetengah iOS tu ckop lengkap ckop bgos… bg sesetengah user, iOS>all, bg user laen lak android> all… mungkin ko tau byk pasal android & iOS dr org biasa tp kalo ko rasa pendapat ko sorg je btol ko silap la…

    3. iPad, iPod, Macbook lebih sesuai untk kegunaan professional… kt tmpt abg aku keje programmer rmi org guna… wat keje lg cpt kalo guna mac… and again, istilah iSheep cuma org2 newbie yg perasan bgos je yg guna… kebnykan org nie x pnah sentuh, xpnah guna, x pnah rasa pun cmna guna… xpnah guna secara professional pastu jenis x berkembang kt OS laen, stay ngan 1 OS je iaitu windows or linux…

    point2 laen tu mcm ngarot je… ntah cmna bleh ada point gitu aku pun xtau… mmg *facepalm*…

    • 10 fakta di atas ialah ciri-ciri spesifik seorang iSheep yg tak mengaku dirinya iSheep walaupun dilabel oleh member sepejabat. Sebab tu ada dinyatakan tentang iBook G4. Ada banyak kebaikan belajar banyak OS seperti iOS, Android, Linux, Unix, Windows dan tak ketinggalan i5 OS a.k.a System i a.k.a OS400. Persamaan iOS 5 dan i5 OS ialah kedua-duanya Object Oriented Operating System. Perbezaannya iOS 5 dibangunkan oleh Apple dan i5 OS dibangunkan oleh IBM.

      Mac asalnya dibuat untuk education. Cepat atau lambat suatu kerja menggunakan PC atau Mac bergantung kepada apa yang nak dibuat. Untuk automasi pejabat, Mac nyata lebih slow berbanding PC tak kiralah samada menggunakan OpenOffice atau iWork. iWork lebih berjaya dalam iPad berbanding Mac. Untuk render video (final result), render dengan script dalam Linux jauh lebih pantas berbanding Mac.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge