This video is currently unavailable.

This video is currently unavailable.

Posted by on May 19, 2012 in Apps, Internet, Mac OS X, OSX

20120519-095629.jpg

Ketika layan Youtube menggunakan Mac (khasnya pengguna Safari) biasa tak dapat mesej “This video is currently unavailable.”? Atau mungkin kadang-kadang baru jumpa atau akhir-akhir ni selalu jumpa?

Kalau mesej meluat “This video is currently unavailable.” ni merupakan masalah, sila baca lebih lanjut.

20120519-095932.jpg

Video Youtube gunakan macam-macam jenis encoder. Satu format video tertentu mungkin disokong oleh beberapa encoder yang berbeza. Sebahagian video dalam Youtube hanya menyokong encoder Flash. Jadi browser yang kita gunakan berkehendakkan Flash Plug-Ins untuk mainkan video berkenaan, browser Safari juga tak terkecuali.

Umum tahu Apple tak gunakan Flash dalam iPhone, iPod touch dan iPad. Umum juga tahu tindakan Apple meminggirkan Flash dalam produk mobilenya berjaya melumpuhkan penguasaan Flash dalam memaparkan kandungan video. Jadi Apple meneruskan lagi usahanya melawan Flash dalam komputer desktop. Safari 5.1.7 dalam OSX mula melumpuhkan Plug-Ins Flash. Jadi, sebahagian video Youtube dah tak boleh ditonton menggunakan Safari. Percubaan berani. Pengguna mungkin tak suka.

Tapi kita boleh pulihkan semula (enable) Flash ni dalam Safari. Apple masih menyediakan jalan pulang. Takut juga Apple yea, buatnya pengguna boikot Safari dan cuma guna Firefox padan muka hang (Apple). Hehehe…

Workaround:

20120519-101204.jpg

  1. Cari fail Flash Player.plugin dalam direktori Macintosh HD/Library/Internet Plug-Ins (Disabled)
  2. Alihkan fail Flash Player.plugin ini ke direktori Macintosh HD/Library/Internet Plug-Ins
  3. Pastikan tiada lagi fail Flash Player.plugin dalam direktori Macintosh HD/Library/Internet Plug-Ins (Disabled)
  4. Tutup aplikasi Safari dan buka semula. Sepatutnya masalah tadi selesai. InsyaAllah.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge