OSX 10.7.4 panaskan MacBook Pro (keluaran lewat 2009)

OSX 10.7.4 panaskan MacBook Pro (keluaran lewat 2009)

Posted by on May 17, 2012 in Computer Hardware, Mac OS X, OSX

20120517-215110.jpg

Bermalam di rumah Harahis pada sabtu malam ahad lepas buat saya teruja untuk kemaskini OSX Lion 10.7.3 kepada 10.7.4 dan segala bagai updates lain dalam MacBook Pro dan iPhone saya. Tentulah teruja, di rumah Harahis ada Unifi. Lajuuuuu…

Mulanya saya tak sedar tapi selepas beberapa hari saya mula rasa aneh, MacBook Pro saya cepat panas. Penggunaan 5 minit dah mula panas dan kipas dah mula berputar laju dan berdengung. Betul-betul buat saya tak selesa. Tentulah ada yang tak kena. Bukan tak pernah kena perkara pelik macam ni selepas Software Update dari Apple.

Pencarian jalan pulang pun bermula. Saya terfikir untuk berpatah balik ke 10.7.3 tapi bukan kerja mudah sebab Combo Update 10.7.3 bukan fail kecil dan saya bukan lagi di rumah Harahis. Jadi;

  1. Saya mulakan dengan Reset SMC tapi nampaknya tak menjadi. Tak lut langsung.
  2. Saya gunakan pendekatan kedua, yang ini membuahkan hasil dan MacBook Pro saya kembali beroperasi seperti asal.

Saya boot MacBook Pro dengan OSX ASAL ketika ia mula dikeluarkan dari kotak, OSX Leopard 10.5.7. Sistem Operasi asal akan selaraskan semula firmware kepada pelarasan asal, sama seperti semasa ia di kilang. Kombinasinya adalah yang terbaik memandangkan ia telah diuji di kilang (pelarasan piawai). Setelah pasti suhunya kembali normal, saya boot semula kepada OSX Lion 10.7.4 dan Alhamdulillah semuanya kembali pulih sediakala.

Teknik yang saya gunakan ni tentulah menjadi jika MacBook Pro ada dua OS (OSX yang terkini dan OSX yang asal) tapi bagaimana jika cuma ada satu OS sahaja?

Ketika proses upgrade dengan kapasiti harddisk yang tak cukup besar (500GB), biasanya orang hanya akan gunakan satu OS sahaja. Saya juga tak ada harddisk yang cukup besar, dan MacBook Pro saya cuma ada satu OS (Lion 10.7.4). Tapi saya simpan OS asal dalam external disk dan saya boot semula dari USB. :)

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge