Harga Evernote tak masuk akal
Nampak sangat tak masuk akal Evernote kenakan bayaran $4.99 untuk kegunaan fungsi penuh selama sebulan. Selepas tempoh sebulan tamat, pengguna cuma boleh gunakan fungsi asas sama seperti versi percuma.
Saya katakan tak masuk akal sebab dengan $4.99 kita boleh dapatkan Pages. Pages juga tawarkan features yang hampir serupa kecuali Additional security PIN lock. Tentulah PIN lock tu tak perlu sebab iPhone sendiri sudah tersedia dengan PIN. Manakala $4.99 untuk Pages ialah hanya satu pembelian, tak perlu renew setiap bulan.
Dalam sebutan yg lebih mudah, jika nak bina dokumen di iPhone atau iPad tanpa features mengada-ngada, cukuplah dengan Evernote versi percuma. Jika mahukan features mengada bagai, dapatkan Pages. Berbaloi-baloi.




