Komputer Tablet

Posted by on May 10, 2012 in Apps, Computer Hardware, Internet, iOS, iPad 2, iPhone 4, Mac OS X, OSX, Windows 7

Sekadar pendapat. Tentang komputer riba dan tablet.

Rutin harian kebanyakan pengguna komputer ialah hal yang berkaitan dengan akses internet dan sedikit automasi pejabat seperti pemproses perkataan atau dokumen. Selainnya ialah game. Pengguna dalam kategori ni menitik beratkan harga yang murah.

Jadi, pengeluar perlu buatkan sebuah komputer yang

  1. Simple kepada pengguna dan intelligen.
  2. Boleh harap. Kelajuan pemprosesan yang munasabah dan bateri yang tahan lama.
  3. Harga yang murah

Kalau macam tu rugilah pengeluar. Tak, ada caranya.

  1. Buatkannya simple, features yang tak berapa perlu keluarkan saja. Jimat kos pengeluaran.
  2. Gunakan cip prosesor yang lebih murah sepadan dengan telefon pintar.
  3. Cip yang seperti ni menggunakan bateri yang sedikit berbanding cip biasa yang dipasang di komputer desktop.
  4. Masalahnya cip begini tak mampu menanggung beban tugas sistem pengoperasian sedia ada seperti Windows yang terlalu banyak menggunakan resources dari cip dan memori. Jadi, jangan guna Windows. Gunakan OS lain yang sepadan dengan tugasan/ prosesor.
  5. Jawapannya ialah iPad dan Galaxy Tab. Idea dari iPad inilah yang telah membunuh Netbook yang nyata tak praktikal disebabkan DUA perkara; Prosesor yang tak sepadan dengan OS. Dan.. OS yang tak sepadan dengan keperluan atau tugasan.

Just my 2cent. :)

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge