iPhone dan DFU Mode
Pernah tak ketika keluarkan iPhone dari kocek rupanya iPhone dah termati sendiri. Tak ada respond. Bila tekan butang power untuk hidupkan semula, iPhone tetap tak mahu hidup semula.
Apa maknanya tu? Kalau bukan disebabkan kehabisan kuasa bateri, kemungkinan besar iPhone tu ada mengalami pincang tugas dan standby dalam DFU mode.
Work around yang boleh dicuba ialah:
- Tekan dan tahan butang power selama 10 saat
- Teruskan menekan butang power sambil menekan pula butang home selama lagi 10 saat
- Lepaskan butang power tapi masih menekan butang home sehingga logo Apple muncul
- Lepaskan butang home
- Sepatutnya iPhone akan hidup semula.
- Kalau tak berjaya juga… Susah nak kira ni..
Semoga berjaya





33 Comments
Thank you.. baru kejap td iPhone tak boleh on, saya cuba cara di atas dan berjaya.
Thats great. Nasib baik.
sy pun br mengalami masalahyg sama trima kasih blog saudara memang membantu sya… teruskan berblog sbb ramai yg mendapat manafaat drnya
Sama-sama. InsyaAllah.
kenape iphone 4 saya tak de network….bile dah masuk simcard…
iphone 3gs sy tak boleh touch untuk 4 icon bawah iaitu phone, messages, whatsap & setting
Cuba buka App Calculator dan cuba touch 1230, muncul tak nombor tu? Ataupun cuba buka apa-apa App yang ada fungsi keyboard dan cuba type zxcvbmm dan space. Jika tak ada respond maknanya sensor touch bahagian bawah tu dah rosak. Tapi jika berinteraksi dengan baik, bolehlah cuba restore iPhone tu dengan iTunes.
tq saya akan ingat sampai bila2..
salam..terima kasih cik Amar..alhamdulillah,jd kt fon saya.sekarang dh bleh on blk…terima kasih…
Sama-sama.
Thanks sangat. Info yang sgt berguna. hampir give up ingatkan dah rosak. bila buat macam yang disarankan, iphone saya leh hidup semula. Thanks en. Shamsul Amar
Sama-sama.
Salam .nak tnye laa .iphone 3gs sy ta boleh on laa .kalau on pon smpi logo apple je .lg stu masalah ,button power da rosak .mcmne ye .risau laa iphone tak boleh idup
Wsalam. Dah cuba restore? Logo Apple tu load camtu jer dan tak siap-siap kan? Kalau dia hung camtu, cuba restore dengan iTunes dulu.
hmm da restore ,tp tak hidup jgk laa ,dia mcm kelip2 pulak logo apple tu .sekajap hidup sekejap mati .lg stu ,button power iphone saya tu tak function ,mcmne ye ?
Kalau dah sampai ketahap tu maknanya memang rosak lah. Rosak yg kena hantar kedai.
Masalah kelip-kelip tu biasanya sebab supply power tak cukup. Masalah hardware, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan tukar part sama seperti button power tu. kena buka baru nampak apa yang tak kena.
owhh mcm tu ye .ok ,terima kasih .lg satu ,boleh xcadangkn kedai services iphone yg ok area kota damansara .tq
salam en.shamsul,, iphone tak boleh masuk home, asyik restart je. knp yer? da guna da cara en.shamsul tp tak bole gak.. sedia belajar
Waalaikumussalam.
1. Kalau bateri dah tinggal sikit dan encik amin boleh tunggu, biarkan bateri dia habis sendiri, kemudian cuba hidupkan balik.
2. Mungkin kena restore. iPhone apa yea? 3G, 3GS, 4, 4S atau 5?… ;p
3. Kalau rajin tweet, tweet saya @shamsulamar
mcmcana ni saya dah restore hp balik tp takde pe2 yg berubah..hp ttp takleh on???
Dah cuba step 1-4 di atas? Step 1-4 kadang-kadang kena cuba beberapa kali supaya timing betul-betul kena pada masanya. Cuba lagi.
Bila sambung ke computer, mesej apa yang keluar di iTunes? Kalau ada mesej, setidaknya bolehlah kita teka apakah puncanya.
saya punya iphone 3gs masalah screen gelap selapas saya buat safe mode untuk jeilbreak…tolong bantu saya…
Alamak. Bab jailbreak ni ada banyak kemungkinan bergantung kepada tools yang digunakan, versi iOS.
Cuba kembali ke versi Vanila dari Apple. Restore semula dengan iTunes.
salam bro,nk tanya ni.. sy reset all setting pastu hp sy xleh nk pergi kat menu…hp hanya keluar logo apple je.. camne nk buat ekk??bleh tolg x
Waalaikumussalam. Cuba reset guna iTunes 11.
nak tanya .. dia dpt kelua apple , dlm 10saat dia off balik…
Kemungkinan besar ada hardware yg rosak semasa kemalangan tu. pin patah, cip pecah atau board cracked.
tq la sebab bg info ni…
sama-sama. sharing is caring.
Salam. Kalau home button tu problem mcm mana ya? Dh try banyak kali tp tetap juga tk boleh on. Risau sgt ni. Bila call no tu dapat.
Waalaikumussalam Fatin.
Kalau call ke iPhone tu masih boleh berbunyi maknanya iPhone tu masih ON. OFF kan dulu dengan tekan Power/Sleep button lama sikit. Agak 30 saat camtu. Lepas tu cuba call iPhone tu semula. Kalau tak ada respond, maknanya iPhone tu dah OFF. Kemudian baru cuba ON kan seperti step di atas.
alhamdullh berjaya..thnks
Sama-sama