Automatically illuminate keyboard in low light problem
Mac OS X Lion, sistem pengoperasian baru bukan bermakna tak ada pepijat, ada juga. Sebagai contoh, “Automatically illuminate keyboard in low light” (yang membolehkan lampu di bawah keyboard menyala secara automatik bila ruang bilik kekurangan cahaya) sedikit bermasalah kepada pengguna Mac yang tingkat upaya dari Snow Leopard.
Masalah yang saya hadapi ialah cahaya di bawah keyboard MacBook Pro saya ni tak mahu padam. Dah tak aktif pun masih tak mahu padam. Ada juga pengguna yang post masalah mereka di Internet mengatakan masalah yang sebaliknya pula (tak mahu menyala). Untuk kes saya ia bukan solid, ia intermittent.
Jadi, work around yang boleh dicuba ialah:
- Tekan kekunci F5 / Fn+F5 sehingga lampu di bawah keyboard padam (penyelesaian manual/sementara)
- Tekan kekunci F6 / Fn+F6 semula untuk nyalakan semula. Nasib ler, kadang OK terus, kadang tak menjadi. Jika tak menjadi, ulangi #1 untuk penyelesaian sementara.
- Percubaan Ortodox yang agak kasar sikit, bolehlah Reset SMC atas risiko diri sendiri.
Selamat Mencuba!
Tweet




