10 sebab kenapa anda jangan beli iPhone

10 sebab kenapa anda jangan beli iPhone

Posted by on Oct 3, 2011 in Computer Hardware, Internet, iOS, iPhone, iPhone 4, Services

Ada 10 sebab kenapa anda jangan beli iPhone. Saya dah terbeli iPhone 4 dan sudah menggunakannya selama 9 bulan. Jika saya katakan “jangan” bererti ia datang dari dalam hati, bukan dengar cakap-cakap orang yang mungkin betul, mungkin tidak.

  1. Ia mahal. Produk Apple memang mahal. Tak kiralah samada pemain mp3, komputer, router atau telefon. Buatlah perbandingan dengan telefon lain yang dapat tawarkan apa yang iPhone dapat tawarkan, kita boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dengan telefon lain.
  2. Ketinggalan zaman. Ketika telefon lain boleh menggunakan teknologi Bluetooth untuk pelbagai tugasan seperti memindahkan fail gambar dan audio ke device lain seperti komputer dan telefon, iPhone 4 hanya mampu berBluetooth dengan iPhone sahaja. Bluetooth di iPhone hanya untuk kegunaan alat bebas tangan (hands-free) semata-mata. Itu pun untuk bercakap di talian telefon. Jika ingin mendengar lagu, masih perlukan wayar.
  3. Ketinggalan berita terkini. Cara paling cepat untuk mendapatkan berita terkini ialah melalui radio. Boleh buat apa saja tugasan harian sambil dengar radio. Lebih praktikal berbanding TV dan internet. iPhone 4 tak ada radio.
  4. Tak menyokong Flash. Ada banyak keperluan kepada Flash ketika melayari Internet, tapi iPhone tidak menyokong plug-ins Flash. Telefon lain yang lebih murah dapat lihat kandungan Flash di web, tapi iPhone tak dapat.
  5. Kuasa bateri cepat habis. Keluar rumah sebelum 8 pagi ke tempat kerja, tak sempat balik kerja jam 5 petang kuasa bateri dah habis. Paling bagus pun dah sayup-sayup. Jika berlaku apa-apa, dah tak dapat telefon sesiapa. Apalah ertinya sebuah telefon yang megah jika tiada kuasa bateri.
  6. Earphone tak berkualiti. Jika mainkan audio 128 bit atau lebih rendah memang tak ada beza tapi bila cuba rate yang lebih tinggi, kualitinya sangatlah mengecewakan. Speaker luaran mono pulak tu.
  7. Kabel pengecas USB mudah rosak, patah dan wayarnya terkeluar. Tak sepadan dengan harganya.
  8. iPhone 4 ialah hasil kejuruteraan cuai. Jika pegang iPhone 4 kemas-kemas signalnya akan susut dan panggilan telefon akan terputus. Memalukan, untuk dapatkan signal yang baik, tak boleh pegang kemas-kemas. Kena pegang dengan hujung jari saja. Supaya mudah terlepas, jatuh, kemudian beli lain. Solusi untuk masalah ni ialah pasangkan bumper. Dan kita pegang iPhone beralaskan bumper tu. Macam tu signal akan OK. Alangkah cincainya jurutera Apple reka benda ni.
  9. Cara guna iPhone sesuai dengan Pak Kaduk. Kamera 5MP iPhone 4 akan jana fail imej yang besar. Pengguna perlukan ciri yang boleh kecilkan fail imej ni. App Mail boleh digunakan untuk tujuan ni. Mail akan bertanyakan samada fail imej itu nak dikecilkan atau tidak sebelum dihantar. Tapi kerja macam Pak Kaduk lah sebab kena hantar emel kepada diri sendiri. Kenapa Apple tak letaknya ciri kecilkan fail imej tu tanpa proses haru-biru ni?
  10. Berkaitan dengan point nombor 9 di atas, ada banyak App yang boleh dimuat turun dari App Store untuk memenuhi kekurangan iPhone tapi App tu semua kena bayar lah. Ada yang free tapi ada Ad pulak. Bila device sehebat iPhone dihiasi dengan Ad (iklan), nampak tak profesional langsung. Sedih.

Muat turun post ini dalam bentuk PDF ( iPhone)

    267 Comments

  1. cm ne nk update v4 ke v6? Guna iTunes xblh pn..

    • 1. Apa apahal pun upgrade iTunes dulu. Upgrade ke versi terkini.

      2. Connect iPhone ke komputer dan buka iTunes. Follow jer step by step. :)

  2. oh…okey…sy Cuba..tQ bro

  3. betul ke nak download lagu kat i phone kene bayar?

    • Betul, kena bayar. Kalau tak nak bayar, tarik dari komputer pun boleh. Guna iTunes.

  4. Bro…assallamualaikom..klau sy update iPhone5 sy pd ios 6.1.3…pas jailbreak tweak2 lme game2 ap smua dlm iPhone ni hilang x?

    • Waalaikumussalam farah.
      Lepas update semua yg tweak tu dan app yg pirate hilang (tak jalan).
      Kemudian lepas JB semula boleh masukkan balik. Cuma sejauh mana boleh jalannya (lancar) tu takleh confirm lah.

  5. bole saya tau bro bpe harge pasaran utk iphone 4? dan btol ke iphone 4 ni ade fuction utk video call?

    • Harga boleh check dari mudah dot my.

      Boleh Video call dengan FaceTime antara iPhone dan iOS device dan Mac sahaja. Kena guna Wi-Fi. 3G hanya voice call. :(

  6. bro..npe sy punye iphone kt carrier bar die tulis no service?? adakah sbb sy update setting di cydia jd cmtu? cmne nk selesaikan masalah ni?

    • Bugs lepas update tu. cuba on/off airplane mode elok ler tu. kalau takleh gak, restart. Kalau takleh gak, baru update semula. :(

  7. Saya pakai ok jek iphone tu.. strt iphone 4 kuar di pasaran akhr 2010… iphone x cam tipon lain.. dia jaga produk dia x leh suka2 blooth .. tkut ad virus….apa app iphone x sama ngan tipon lain.. walau sama app tapi x serupa… skrng kan nak amek lgu @ wat ringtones x yah guna pc g… g kat app store .. amek kt citu n trus boley amek lgu x yah guna pc cam mula2 saya bli dulu.. utuk ringtones g kt cdya .. taip anyring….

    • Bagi yang dah jailbreak merasalah download dari dua Store… App Store dan Cydia.

  8. g satu.. nk dwnload video g kt appstore cam2 ad.. saya suka guna VDOWNLOADER ,TUBE BOX….. bila da download… nk amek video boley trus ke youtube n boley simpan… x ad internet pon boley tengok…:) masa baw kuar mmg x de g app ni….. sthun lbih gak saya da guna app ni… mmg besttttt!!!!

    • Terima kasih Arruhuljadid. Perkongsian yg baik utk semua.

  9. npe iphone 3g sy slide to unlock x bole slide?? tp kalo utk side power off bole plak..tolong jelaskn bro..adakah sbb sensor skrin rosak? kalo rosak bpe harga nk repair

    • Bugs jer tu. miscall iPhone tu dari mana2 telefon. Biasanya dia akan Ok balik. Kalau takleh gak, cuba Off dan On semula.

  10. Bro ios 6.1.3 da kluar jailbreak ke?

    • Belum. Mungkin tak ada. Tak boleh berharap sangat.

  11. Bes nk kner downgrade ker?
    Da nek pning pkai ori,.

    • Sabar dulu. Jangan gopoh. Elok tunggu sikit masa lagi. Biar lambat asal selamat.

  12. Orite…tq bro.

  13. Salam bro.
    aku minat iphone 5,
    so pendapat lu ok ke bro iphone 5 ni?
    bluetooth die cmne, function lain-2.
    aku xstudy lagi. mintak tolong bagi pandangan sikit :)
    tq bro.

    • Waalaikumussalam Hafiz.
      Pandangan peribadi… Kalau banding dengan iPhone terdahulu tentulah lebih baik iPhone 5.

      Kalau banding dengan Android, iPhone ni ada beberapa limitasi seperti Bluetooth. Copyright content pun dikawal. Tak boleh suka-suka download dari Internet. Untuk lebih kebebasan kenalah Jailbreak. Tapi lepas jailbreak ni… Kita tak bolehlah suka-suka update iOS dengan Apple. Macam-macam masalah jadinya nanti.

      Kalau hafiz rasa tak kisah dengan kekurangan tu, iPhone 5 ialah pilihan yang baik. Kalau nak tuning apa bagai… Carilah Android. Blackberry pun tak kurang juga hebatnya.

      Saya sendiri pilih iPhone (masih pakai iPhone 4) sebab saya tak suka phone yang mahal tapi dibuat dari kepingan plastik.

      iPhone dibuat dengan kehalusan. Jadi mudah nak bezakan yang ori dan tiruan semasa membeli.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge