iOS vs Android
Sepetang tadi selepas solat asar hingga maghrib, solat maghrib. Kemudian masing-masing balik ke rumah. Satu selang masa yang cukup untuk saya dan Encik Ahmad bersembang panjang. Antara topiknya ialah Android vs iOS.
Kedua-dua OS ni ada kelebihan masing-masing. Aca banyak pos di Internet yang berceloteh tentangnya. Sampai berkelahi pun ada. Tapi topik perbualan kami agak melencong dari debat yang biasa saya temui di internet. Encik Ahmad persoalkan (tentulah Encik Ahmad juga yang menjawabnya) mengapa Apple tidak mencari penyelesaian untuk kekurangan yang ada pada iOS yang merupakan kelebihan dalam Android? Sehingga pengguna iOS sendiri sanggup Jailbreak device mereka kerana kekurangan tu. Antaranya iOS tidak menyokong Flash sebaliknya pengguna Android mewah dengan kelebihan adanya sokongan Flash.
Personal Hotspot pun baru-baru ni saja Apple bikin. Buat masa ni sedang usahakan iCloud bagi membebaskan iOS device dari kebergantungannya kepada komputer (PC atau Mac). Sedangkan hal ni tak pernah jadi soal bagi pengguna Android.
Mungkin bukan jawapan yang tepat, tapi kesimpulan yang kami dapat menjurus kepada satu jawapan yang paling masuk akal ialah SUKA-SUKA JER.
Heheh… Gurau jer. Sebab tak mahu menang dengan jatuhkan pesaing. Ini petua perniagaan dalam Islam yang diamalkan Yahudi. Ada banyak peluang yang Google boleh buat untuk rosakkan perniagaan Apple tapi peluang tu dibiarkan. Begitu juga sebaliknya. Itulah sebabnya Yahudi memiliki rangkaian perniagaan yang kukuh.



