Penantian Sepanjang Malam (iOS SDK 4.3)

Penantian Sepanjang Malam (iOS SDK 4.3)

Posted by on May 26, 2011 in Internet, iPhone 4, Mac OS X

Akhirnya berbaloi juga, terpaksa juga, inilah saja, dengan degilnya saya. Sejak beberapa bulan ni percubaan saya untuk muat turun iOS SDK selalu saja tak menjadi. Maklumlah untuk muat turun fail sebesar 4.44 GB tak dapat saya usahakan dengan Internet Jalur Lebar biasa. Perlukan Streamyx juga, pun perlukan sekitar 8 jam. Setelah ditunda sekian kali banyaknya, akhirnya malam tadi saya nekad untuk bermustautin di pejabat Belia Niaga untuk download sampai siap. Alhamdulillah, dapat pun.

    8 Comments

  1. apa fungsinyer?

    • Untuk tulis program (App) untuk iPhone, iPod touch dan iPad. Samada untuk dijual di App Store atau boleh juga untuk kegunaan In House.

  2. Assalamualaikum.. Tuan.

    saya baru ingin berjinak-jinak dgn sistem Mac OS.

    apakah software yang tuan syorkan untuk kerja-kerja design grafik, web developper & video untuk Mac OS..?

    harap dapat membantu saya.. sebab saya 1st time baru nak guna Mac OS setelah lama menggunakan windows. ramai orang kata Mac OS ni bagus.. tapi bila dah order baru terpikir.. mcm mana dgn software yang biasa saya gunakan untuk membuat kerja2.. contohnya dreamwever.. photoshop, ilustrator.. & Filezilla.

    harap tuan sudi membantu..

    Terima kasih.

    • Waalaikum salam… :)

      Perisian untuk kerja-kerja design dan web developer keluaran Adobe ada versi Windows & Mac. Jadi, nama perisiannya sama tapi installer-nya berbeza. Kena dapatkan versi Mac. Installer untuk Windows yg sedia ada tak boleh digunakan di Mac.

      Untuk suntingan video boleh gunakan yang tersedia dalam Mac iaitu iMovie. Jika tuan memerlukan versi yang lebih profesional, boleh gunakan Final Cut Pro.

      Lebih kurang begitulah… :)

      • untuk software FTP seperti FileZilla ada juga version untuk Mac…?

        • Untuk FTP saya cadangkan Cyberduck. Ia percuma. Boleh download dari web Apple atau search dari Pakcik Gugel. FileZilla versi Mac pun ada. Cuma installer-nya perlu unzip dulu.

          • Terima kasih atas saranan & nasihat tuan.. nak prepare siap2.. sebab jangkanya Jumaat ni sampai Macbook Pro yang saya order..

            err.. semua software Mac ni memang tader yg original copy pirate ke..? semua kena beli original..?

          • Sama-sama.

            Perisian lanun pun ada. Boleh download dengan torrent. Cuma secara peribadi, jika berkemampuan dapatkanlah yang ori. Saya rasa itu lebih baik.

            Ada perisian yang lebih murah dan praktikal yang boleh dijadikan alternatif kepada Photoshop, Illustrator & Dreamweaver. Semua tu boleh ditemui di App Store.

Post a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge