Kemaskini App di iPhone
Setakat jadi pengguna iPod touch dan iPhone ni saya dapati terdapat dua cara untuk kemaskini App di iPhone. Pertama menggunakan App Store yang tersedia di iPhone @ kaedah kedua menggunakan iTunes di komputer (Mac/PC). Kemaskini App terus dari iPhone seperti lebih mudah tanpa perlu hidupkan komputer. Sambil-sambil minum di warung pun boleh. Tapi untuk App yang berkapasiti besar atau ketika capaian Internet tidak begitu baik, saya memilih untuk kemaskini melalui iTunes di komputer. Kemudian sync dengan iPhone. Kenapa? Sebab proses kemaskini di iPhone ialah proses “overwrite” App itu sendiri. Jadi, jika semasa proses kemaskini tu berlaku gangguan dan terhenti separuh jalan, App itu akan jadi sebuah ikon tak berfungsi di skrin iPhone. Boleh kata hampir tak berguna. Jadi, saya lebih selesa kemaskini di MacBook Pro dan sync dengan iPhone kemudian. Begitu lebih selamat.





